Cara mendayakan JavaScript pada pelayar web anda

Penggunaan JavaScript telah berkembang daripada subjek dengan pengetahuan yang terhad kepada kemahiran web yang penting sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kini, penggunaan JavaScript amat meluas dalam dunia web sehinggakan kebanyakan pelayar web internet mempunyai mesin yang dikhususkan hanya untuk penggunaanya.

JavaScript adalah teknologi yang hebat yang digunakan pada web, dan menyahdayakan untuk semua laman web pada pelayar web anda tidak digalakkan. Kebanyakan laman web yang terkenal adalah berasaskan Java, yang menggunakan JavaScript untuk membolehkan ciri-ciri interaktif yang menyediakan pengalaman pengguna yang menarik.

Dengan JavaScript yang dinyahdayakan, pelayar web anda tidak akan dapat menjalankan atau menunjukkan elemen interaktif seperti iklan paparan, animasi atau audio. Tetapi, JavaScript sebenarnya cukup mudah untuk didayakan. Selain itu, JavaScript boleh dinyahdayakan untuk laman web tertentu dengan arahan tertentu dan bukannya dinyahdayakan sepenuhnya. 

Oleh itu, jika anda telah menyahdayakan JavaScript di pelayar web anda dan kini ingin mendayakannya, kami bersedia untuk membantu. Kami telah menulis panduan ini untuk membantu anda mengaktifkan JavaScript pada lima pelayar web yang paling biasa digunakan. Selain itu, kami juga akan memperkenalkan kepada anda mengenai JavaScript, penggunaannya dan apa yang anda boleh lakukan dengan JavaScript.

Javascript telah didayakan dalam pelayar web anda. Sekiranya anda menyahdayakan JavaScript, teks ini akan berubah.

Arahan untuk pembangun web

Anda boleh mempertimbangkan untuk menghubungkan pautan laman web ini, untuk mendidik setiap pengguna yang mempunyai JavaScript yang dinyahdayakan untuk mendayakannya pada enam pelayar web yang paling sering digunakan. Anda bebas menggunakan kod di bawah ini dan mengubahnya mengikut keperluan anda.

<noscript>
Untuk menggunakan fungsi penuh laman web ini, anda perlu mendayakan JavaScript.
Berikut adalah <a href="https://www.enablejavascript.io/">
arahan bagaimana mendayakan JavaScript di penyemak imbas web anda</a>.
</noscript>

Pada allowjavascript.io kami mengoptimumkan pengalaman pengguna yang mempunyai skrip dinyahdayakan sebaik mungkin:

  • Arahan untuk pelayar web anda diletakkan di bahagian atas halaman
  • Semua imej diposisikan sebaris dan bersaiz penuh supaya mudah untuk dibaca

Kami ingin memastikan pelawat anda mempunyai JavaScript didayakan!

Google Chrome Google Chrome

  1. Lancar pelayar web Google Chrome pada peranti anda.
  2. Klik pada ikon Menu (tiga titik) di sudut atas kanan skrin anda.
  3. Pilih "Keutamaan" pada menu ke bawah - pilihan ketiga daripada bawah.
  4. Sekarang klik "Privasi dan keselamatan" pada menu bar sisi kiri.
  5. Pada "Privasi dan keselamatan", pilih "Tetapan Tapak"
  6. Pada “Tetapan Tapak”, tatal sehingga anda menjumpai “JavaScript” dan klik padanya.
  7. Togol suis kepada “Dibenarkan(disyorkan)” - ia akan menjadi biru apabila didayakan.

Tahniah, anda baru sahaja mendayakan JavaScript pada pelayar web Google Chrome anda.

Internet Explorer Internet Explorer

  1. Lancarkan pelayar web Internet Explorer anda dan buka satu tetingkap
  2. Klik pada "Alatan" - biasanya terletak di bahagian paling atas bar menu. Selepas itu, pilih "Pilihan Internet" daripada senarai pilihan yang dipaparkan. Anda juga boleh menekan "Alt Key" untuk mencarinya dengan segera.
  3. Klik pada tab "Keselamatan".
  4. Ketik butang "Tahap Ketersuaian".
  5. Terus menatal ke bawah ke bawah halaman sehingga anda menemui pengepala "Skrip".
  6. Pilih "Skrip Aktif" untuk mendayakan JavaScript.
  7. Klik “Ok.”
  8. Segar semula pelayar web anda.

Microsoft Edge Microsoft Edge

  1. Lancarkan Microsoft Edge anda.
  2. Klik pada ikon tiga titik di sudut kanan atas untuk membuka tab Menu.
  3. Pilih item "Keutamaan" pada tab Menu.
  4. Sekarang klik pada "Keizinan Tapak" di sebelah kiri Tetapan.
  5. Pilih “JavaScript”
  6. Bolehkan "Dibenarkan” (disyorkan)".

Mozilla Firefox Mozilla Firefox

  1. Lancarkan pelayar web Mozilla Firefox anda dan buka satu tetingkap.
  2. Taip "about: config" ke dalam bar alamat dan tekan Enter.
  3. Klik butang " Accept the Risk and Continue" di bawah mesej amaran untuk meneruskan ke halaman kotak carian pilihan.
  4. Sekarang masukkan "javascript.enabled" dalam kotak carian pilihan.
  5. Cari pilihan berlabel "javascript.enabled" pada hasil carian dan togol pada JavaScript.
  6. Segar semula pelayar web anda.

Opera Opera

  1. Lancarkan pelayar web Opera Mini anda.
  2. Buka Menu "Tetapan".
  3. Tatal ke bawah ke bahagian bawah Tetapan dan pilih “Tetapan Tapak”
  4. Seterusnya, tatal ke bawah untuk mencari pilihan "Tetapan Tapak" dan kemudian klik padanya.
  5. Pada bahagian “Tetapan Tapak”, cari pilihan JavaScript dan pilihnya.
  6. Togol pada "Dibenarkan (disyorkan)" untuk mengaktifkan JavaScript. Ia akan menjadi biru apabila diaktifkan.
  7. Tahniah, anda baru sahaja mengaktifkan JavaSript.

Apple Safari Apple Safari

  1. Navigasikan ke bahagian "Alat" pada peranti anda.
  2. Pilih “Keutamaan”.
  3. Ketik pada ikon Keselamatan
  4. Pilih kotak semak “Dayakan JavaScript”.
  5. Mula semula pelayar web anda.

Mengenainya

Apakah JavaScript?

JavaScript adalah bahasa skrip "sebelah pelanggan" yang digunakan terutamanya untuk mencipta dan menambahkan semua jenis interaksi dinamik kepada halaman web. Dengan evolusinya yang pesat dalam dunia teknologi, JavaScript telah menjadi pelopor dalam pembangunan web moden.

Ia boleh digunakan dengan bahasa reka bentuk perisian tradisional dan mengandungi ciri unik yang membezakannya dengan bahasa yang lain. Berbeza dengan CSS dan HTML yang menambah gaya dan struktur ke laman web, JavaScript menyediakan laman web dengan elemen interaktif yang menambahbaikkan pengalaman pengguna.

Jika ada apa-apa yang berubah, atau muncul di peranti anda tanpa menyegar semula halaman web semasa sesi melayar Internet menunjukkan itulah ianya apabila JavaScript sedang digunakan.

Kini, JavaScript digunakan secara meluas oleh pelayar web moden seperti Google Chrome, Safari, Mozilla Firefox, Opera, Internet Explorer, Microsoft Edge dan sebagainya. Peranti mudah alih yang popular seperti Android dan iPhone juga boleh digunakan pada pelayar web dan aplikasi berasaskan JavaScript secara natif.

Pemahaman cara penggunaan JavaScript menjadi lebih mudah apabila anda ketahui kepentingannya, jadi mari kita pelajari mengenainya lebih lanjut.

Sejarah JavaScript

Sejarahnya bermula 25 tahun lepas apabila salah satu kod yang paling kerap digunakan untuk pembangunan web telah dicipta. Kemunculan Internet telah menjadikan JavaScript sangat penting. Sejak dilancarkan, JavaScript bukan hanya mengukuhkan kedudukannya sebagai bahasa pengaturcaraan yang berkuasa, tetapi juga telah memperoleh penggunaan baru dalam perkembangan dunia web moden.

Pada tahun 1995, Brendan Eich membangunkan JavaScript ketika dia bekerja di Netscape Communications diinspirasikan oleh Scheme, Java dan Self. Pada tahun 1990-an, Netscape Communications menikmati kehadiran yang besar pada Internet melalui pelayar webnya iaitu Netscape Navigator yang lebih disukai daripada Mosaic yang merupakan pelayar web arus perdana pertama pada masa itu. 

Netscape Communications diasaskan bersama oleh Marc Andreessen, yang merupakan sebahagian daripada pasukan pembangun di University of Illinois yang telah mengusahakan projek pelayar web Mosaic pada tahun 1993. Selepas dunia web menjadi semakin popular, banyak syarikat teknologi mula bersaing untuk membangunkan pelayar web paling cekap di Internet.

Microsoft mengikut serta dengan membangunkan Internet Explorer dalam usaha merebut kawalan pasaran Internet daripada Netscape. Ini mencetuskan peperangan pelayar web yang sengit antara Microsoft dan Netscape untuk mendapatkan pegangan pasaran penggunaan pelayar web di Internet.

Pada masa itu, pembangun web menginginkan satu bahasa skrip untuk mencipta atau menambahkan ciri dinamik pada laman web. Pada mulanya, Java diberikan sepenuh perhatian tetapi akhirnya mereka menyedari bahawa sesuatu yang lebih fleksibel diperlukan untuk menambahbaikkan pengalaman pengguna.

Netscape menyedari hakikat ini dan membayangkan satu bahasa skrip ringan yang dapat membolehkan pembangun web menambahkan ciri interaktif pada laman web. Pada masa ini, pencipta JavaScript mula mendapat perhatian ramai.

Pada tahun 1995, Bernard Eich diambil kerja oleh Netscape untuk mencipta dan mengaplikasikan satu bahasa pengaturcaraan yang dinamik sempena pelancaran pelayar web Netscape Navigator 2.0 mereka. Bagi Eich, projek ini dilihat sebagai satu tugasan kerja tergesa-gesa. Namun, dia melihat ini sebagai satu peluang untuk bekerja dalam sesuatu yang diminatinya secara berkobar-kobar dan membuat kerjasama dengan Netscape. Maka, lahirlah idea bahasa pengaturcaraan skrip yang ringan. Pada mulanya, ia dinamakan Mocha oleh Eich tetapi kemudian dinamakan Live Script. Dalam masa hanya sepuluh hari, satu prototaip berfungsi dibangunkan oleh Eich dan siap untuk digunakan dalam pelayar web Netscape Navigator 2.0 Beta.

Dalam usaha untuk mengekalkan kedudukannya dalam penggunaan pelayar web, Netscape bersetuju untuk bekerjasama dengan Sun Microsystems - pembangun bahasa pengaturcaraan yang dinamakan Java. Gabungan ini menjamin penggunaan Netscape Navigator oleh Sun Microsystems sebagai platform penyampaian web untuk menjadikan Java tersedia untuk Komuniti Java. 

Hampir setahun kemudian pada tahun 1996 Live Script akhirnya diubah nama menjadi JavaScript sebagai strategi pemasaran untuk mendapatkan penerimaan di kalangan komuniti Java. JavaScript dipersembahkan sebagai bahasa skrip untuk projek kecil sebelah pelanggan untuk pelayar web Netscape Navigator 2.0, sementara Java disokong sebagai alat pembangunan khusus untuk penyelesaian web yang terbaik. 

Berikutan itu, Microsoft mereka JavaScript untuk mengembangkan satu versi khas untuk Internet Explorer 3 mereka yang dinamakan JScript untuk mengelakkan tindakan undang-undang daripada Sun Microsystems yang memiliki jenama Java dan telah melesenkannya kepada Netscape. 

JavaScript (dan JScript) sangat popular kerana ianya ringkas, fleksibel dan dapat diakses oleh bukan pembangun perisian dan menjadikan laman web lebih interaktif dan dinamik.

Malangnya, kedua-duanya mula mendapat reputasi negatif kerana akses penggunaannya yang mudah, bermaksud sesiapa sahaja boleh membuat pengekodan dengan sedikit atau tanpa pengetahuan mengenai apa yang sedang dilakukan. Tambahan lagi, JavaScript sering digunakan untuk menjengkelkan pengguna pelayar web (iklan pop-up, penghiduan pelayar web, dan sebagainya.) yang langsung tidak menambahbaikkan pengalaman pengguna mereka.

Untuk mengatasi masalah ini, satu penyelesaian dilaksanakan iaitu dengan pemiawaian ECMA. Netscape dan Sun Microsystems menyerahkan pendokumenan untuk pemiawaian JavaScript dengan ECMA International, yang akan memegang standard tersebut. Pemiawaian adalah langkah penting dan satu keputusan terbaik untuk bahasa pengaturcaraan baru ini.

Ini membolehkan JavaScript digunakan oleh lebih ramai pengguna dan membolehkan para pembangun mempunyai hak bersuara dalam evolusi bahasa skrip ini. Pemiawaian juga bertujuan untuk memastikan orang yang berniat tidak baik untuk penggunaan kod tersebut boleh dipantau. Untuk mengelakkan penyalahgunaan cap dagang Java daripada Sun, jawatankuasa ECMA memutuskan untuk menamakan bahasa standard itu sebagai ECMAScript. 

Ini menyebabkan lebih banyak salah faham, tetapi akhirnya ECMAScript digunakan sebagai rujukan untuk spesifikasi, dan JavaScript digunakan (dan masih lagi) digunakan untuk merujuk kepada bahasa skrip ini sehingga sekarang.

Apakah kegunaan JavaScript?

Penggunaan JavaScript telah melalui pelbagai perubahan sejak dilancarkan. Pada ketika ini, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana bahasa skrip yang dibangunkan dalam masa 10 hari telah mengubah Internet sepenuhnya. Berikut ialah bagaimana ia telah mengubahnya:

Halaman Web Dinamik

JavaScript digunakan untuk menambahkan interaksi dinamik seperti elemen peralihan dan fungsi ke laman web. Ia juga membolehkan pengguna memuat naik gambar dan objek baru tanpa perlu menyegar semula halaman web dari semasa ke semasa.

Pembangunan Aplikasi Web dan Mudah Alih

Salah satu kelebihan mengenai JavaScript adalah ia mempunyai satu perpustakaan dan rangka kerja yang luas yang boleh digunakan untuk membangun aplikasi web dan mudah alih merentas platform.

Pembangunan Permainan Komputer

JavaScript juga mampu membina permainan komputer berasaskan web. Ini merangkumi sejumlah besar perpustakaan dan rangka kerja yang dapat digunakan oleh pembangun untuk membuat permainan komputer 2D atau 3D.

Penyelesaian berasaskan Pelayan

Di samping pembangunan laman web dan aplikasi, pembangun juga dapat menggunakan JavaScript untuk membina pelayan web yang mantap dan stabil dan pembangunan bahagian belakang menggunakan Node.js.

Kelebihan Mendayakan JavaScript

Mendayakan JavaScript pada pelayar web anda mempunyai lebih banyak kelebihan daripada kelemahannya seperti yang dilihat pada penggunaannya yang meluas di Internet. Manfaat yang anda nikmati apabila mendayakan JavaScript termasuk: 


Laman Web Lebih Interaktif

Akses ke laman web dan antara muka yang lebih interaktif seperti penggunaan animasi, video, sepanduk iklan dan semua ciri-ciri terkini dalam pengalaman melayar laman web.

Meningkatkan Kelajuan

JavaScript adalah skrip sebelah pelanggan yang mempercepatkan interaktiviti pengguna pada laman web kerana ia mengurangkan permintaan daripada bahagian pelayan web.

Mengurangkan Beban Pelayan

Oleh kerana JavaScript beroperasi pada sebelah pelanggan, ia menjimatkan masa yang diperlukan untuk disambung ke pelayan, yang seterusnya meminimumkan lebar jalur dan beban maklumat.

Batasan JavaScript

Walaupun terdapat banyak cara JavaScript dapat digunakan untuk menambahbaikkan laman web dan interaktiviti pengguna, ada juga perkara yang tidak dapat dilakukan oleh JavaScript. Di sini kita akan belajar mengenai beberapa batasan JavaScript:

  1. Batasan JavaScript yang paling ketara ialah ia tidak mempunyai badan induk tunggal untuk pelaksanaannya.
  2. JavaScript tidak dapat melindungi sumber atau gambar pada halaman web anda. Ini bermaksud gambar di laman web anda boleh dimuat turun ke peranti pengguna yang melayari halaman web anda.
  3. JavaScript tidak mempunyai keupayaan multipemproses. Oleh itu, ia tidak mempunyai kawalan memori.
  4. Terakhir sekali, JavaScript tidak dapat mengakses laman web yang dihoskan pada domain yang berbeza. Walaupun pengguna dapat melihat halaman web secara serentak daripada domain yang berbeza, JavaScript yang dijalankan pada satu halaman web domain tidak akan dapat mengakses apa-apa data daripada halaman web domain lain.

Bagaimana untuk menyahdayakan JavaScript

Walaupun mendayakan JavaScript pada pelayar web anda mendatangkan banyak faedah, pengguna mungkin ingin menyahdayakannya untuk sementara waktu. JavaScript boleh dinyahdayakan pada kebanyakan pelayar web moden seperti Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera, Safari, Microsoft Edge, dan Internet Explorer dan lain-lain. 

Sekiranya tetapan JavaScript dinyahdayakan pada pelayar web anda, itu bermaksud anda telah menyahdayakan JavaScript sebelum ini, atau ia tidak didayakan secara lalai pada pelayar web anda. Sekiranya didayakan, sila baca cara menyahdayakan JavaScript di bawah, bergantung kepada pelayar web pilihan pada peranti anda.

Google Chrome Google Chrome

  1. Buka pelayar web Google Chrome.
  2. Klik pada ikon Menu (tiga titik) di sudut kanan - atas skrin anda.
  3. Pilih "Keutamaan".
  4. Sekarang klik "Privasi dan keselamatan" pada menu bar sisi kiri.
  5. Pada "Privasi dan keselamatan", pilih butang "Tetapan Tapak".
  6. Cari bahagian “JavaScript” dan klik “Disekat”.
  7. Klik sudah dan mulakan semula pelayar web Chrome anda.

Internet Explorer Internet Explorer

  1. Lancarkan pelayar web Internet Explorer anda.
  2. Klik pada "Alatan" - biasanya terletak di bahagian kanan atas bar menu.
  3. Klik pada "Pilihan Internet" daripada menu ke bawah yang dipaparkan.
  4. Klik pada tab "Keselamatan"
  5. Pada lajur “Keselamatan”, klik pada butang "Tahap Ketersuaian" untuk membuka halaman lain.
  6. Terus menatal ke bawah ke bawah halaman sehingga anda menemui "Skrip Aktif". Klik Nyahaktif.
  7. Mula semula pelayar web anda.

Mozilla Firefox Mozilla Firefox

  1. Lancarkan pelayar web Mozilla Firefox anda.
  2. Taip "about: config" ke dalam bar alamat dan tekan “Enter”.
  3. Terima amaran risiko yang muncul pada skrin anda.
  4. Taip "javascript.enabled" dalam kotak carian dan togol pilihan yang diberikan.
  5. Jika anda sudah melakukannya, bermakna anda telah berjaya menyahdayakan JavaScript pada pelayar web Firefox anda.